Thursday 7 July 2011

ISLAM datang membawa keADILan

Semasa dunia mementingkan warna kulit, kasta, kabilah dan bangsa, Islam datang dengan sistem sosialnya yang tersendiri. Bagi Islam, manusia mempunyai asal usul yang sama. Justeru, sebarang kebanggaan dan kemulian yang diasaskan kepada keturunan dan warna kulit adalah ditolak.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud, " Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah mereka yang paling bertakwa di antara kamu."

Dalam konteks negara, Tuhan mewajibkan setiap pemimpin berlaku adil ke atas rakyat jelata. Tuhan mengingatkan dalam surah an-Nisak ayat 58 yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya  dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukuman antara manusia kamu menetapkannya dengan adil."

Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah bin Abbas berkata, "Ayat ini diturunkan kepada para pemimpin agar mereka menunaikan amanah dalam perkara yang dipertanggungjawabkan berhubung urusan rakyat mereka." pendapat ini disebutkan di dalam kitab Dalilul Falihin.

Imam Qurtubi di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran pula berkata, " Satu jemaah ulama' Islam berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin."

Pemimpin Islam perlu bersikap adil tidak hanya kepada orang Islam. Mengikut sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Tabrani, nabi berkata, "Jika kafir zimmi dianiayai, pemerintah negeri itu dianggap sebagai pemerintahan musuh." " Sesiapa yang menyakiti seorang kafir zimmi aku akan menentangnya hinggalah ke hari kiamat." hadis nabi.

Anak muda sekarang.Bakal pemimpin pada masa akan datang.Jangan takut dengan tipu helah dunia.Jangan lemah.Teruskan berjuang!!!

No comments:

Post a Comment