Tuesday 2 August 2011

kerana DIA sayang kita

Fisiologi Quran


" (Quran) merupakan penawar(syifa') & rahmat bagi mereka yang beriman."

  • syifa' = (Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati.
  • Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan.
  • Abdullah bin Masud berkata, "Sesiapa yang mengkhendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian."
  • "Berhubung kesan mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot...Beliau mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk daripada kalangan bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi positif dalam diri mereka." kajian oleh Dr.Ahmed el-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida.
  • Ali bin Abi Talib berkata..."Tiga perkara yang menambahkan kesejahteraan badan & menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa & membaca Quran."
(adaptasi daripada buku Tip-Tip Cemerlang daripada Quran)






Wednesday 20 July 2011

misi mencari si soleh/solehah


Semua insan mengimpikan jodoh yang soleh/solehah. Perlukah kita memikirkan tentang perkara itu...??? Sudah tentu perlu. Hidup, mati, jodoh pertemuan sudah ditentukan oleh-NYA, namun begitu, setiap insan perlu berusaha mencari jodoh yang terbaik soleh/solehah. Di sini terdapat beberapa tips yang boleh kite gunakan untuk mendampingi si soleh/solehah :


1. Bayangkan bagaimanakah jodoh yang kita inginkan.


2. Senaraikan perkara-perkara baik yang ada pada si dia. Contohnya: seorang yang beriman, seorang yang rajin, seorang yang selalu solat berjemaah, seorang yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w, seorang yang berkepimpinan dll.


3. Cuba perhatikan diri kita, adakah kita memiliki ciri-ciri jodoh yang baik untuk si soleh/solehah.


4. Insafi diri.


5. Berdoa, berusaha dan mengubah diri menjadi seperti jodoh yang kita impikan.


6. InsyaAllah..."Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


                              manusia kaya kerana kaya dengan ilmu agama & dunia,
                              manusia cantik kerana indah akhlaknya,
                              manusia cerdik kerana selalu mengingati mati.
       

Thursday 7 July 2011

pbila adik mula mengEDIT (n_n)*





ISLAM datang membawa keADILan

Semasa dunia mementingkan warna kulit, kasta, kabilah dan bangsa, Islam datang dengan sistem sosialnya yang tersendiri. Bagi Islam, manusia mempunyai asal usul yang sama. Justeru, sebarang kebanggaan dan kemulian yang diasaskan kepada keturunan dan warna kulit adalah ditolak.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud, " Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah mereka yang paling bertakwa di antara kamu."

Dalam konteks negara, Tuhan mewajibkan setiap pemimpin berlaku adil ke atas rakyat jelata. Tuhan mengingatkan dalam surah an-Nisak ayat 58 yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya  dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukuman antara manusia kamu menetapkannya dengan adil."

Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah bin Abbas berkata, "Ayat ini diturunkan kepada para pemimpin agar mereka menunaikan amanah dalam perkara yang dipertanggungjawabkan berhubung urusan rakyat mereka." pendapat ini disebutkan di dalam kitab Dalilul Falihin.

Imam Qurtubi di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran pula berkata, " Satu jemaah ulama' Islam berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin."

Pemimpin Islam perlu bersikap adil tidak hanya kepada orang Islam. Mengikut sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Tabrani, nabi berkata, "Jika kafir zimmi dianiayai, pemerintah negeri itu dianggap sebagai pemerintahan musuh." " Sesiapa yang menyakiti seorang kafir zimmi aku akan menentangnya hinggalah ke hari kiamat." hadis nabi.

Anak muda sekarang.Bakal pemimpin pada masa akan datang.Jangan takut dengan tipu helah dunia.Jangan lemah.Teruskan berjuang!!!

Wednesday 6 July 2011

kerana DIA aku sayang korang!!!


kerana DIA kita bertemu,
kerana DIA ukhuwwah kita terbina,
kerana DIAlah yang memberi nikmat persahabatan,
kerana DIAlah yang memberi perasaan kasih dan cinta,
kerana DIA aku sayang korang!!!
walaupun kadang2 perkataan itu xterucap dek mulut..hehe (*>.<*)


p/s: ingat ye ct!!!  >.<
*setinggi-tinggi nilai ukhuwwah ialah sanggup berkorban untuk sahabatnya.
*tahap nilai ukhuwwah sederhana, mengasihi sahabatnya melebihi dirinya sendiri.
*serendah-rendah nilai ukhuwwah ialah berlapang dada dengan sahabatnya.