Tuesday 2 August 2011

kerana DIA sayang kita

Fisiologi Quran


" (Quran) merupakan penawar(syifa') & rahmat bagi mereka yang beriman."

  • syifa' = (Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati.
  • Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan.
  • Abdullah bin Masud berkata, "Sesiapa yang mengkhendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian."
  • "Berhubung kesan mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot...Beliau mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk daripada kalangan bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi positif dalam diri mereka." kajian oleh Dr.Ahmed el-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida.
  • Ali bin Abi Talib berkata..."Tiga perkara yang menambahkan kesejahteraan badan & menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa & membaca Quran."
(adaptasi daripada buku Tip-Tip Cemerlang daripada Quran)






No comments:

Post a Comment