Wednesday 20 July 2011

misi mencari si soleh/solehah


Semua insan mengimpikan jodoh yang soleh/solehah. Perlukah kita memikirkan tentang perkara itu...??? Sudah tentu perlu. Hidup, mati, jodoh pertemuan sudah ditentukan oleh-NYA, namun begitu, setiap insan perlu berusaha mencari jodoh yang terbaik soleh/solehah. Di sini terdapat beberapa tips yang boleh kite gunakan untuk mendampingi si soleh/solehah :


1. Bayangkan bagaimanakah jodoh yang kita inginkan.


2. Senaraikan perkara-perkara baik yang ada pada si dia. Contohnya: seorang yang beriman, seorang yang rajin, seorang yang selalu solat berjemaah, seorang yang mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w, seorang yang berkepimpinan dll.


3. Cuba perhatikan diri kita, adakah kita memiliki ciri-ciri jodoh yang baik untuk si soleh/solehah.


4. Insafi diri.


5. Berdoa, berusaha dan mengubah diri menjadi seperti jodoh yang kita impikan.


6. InsyaAllah..."Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


                              manusia kaya kerana kaya dengan ilmu agama & dunia,
                              manusia cantik kerana indah akhlaknya,
                              manusia cerdik kerana selalu mengingati mati.
       

No comments:

Post a Comment